Skip to main content

TENTANG KAMI

“MEMORIES IN EVERY BITE”

FAMILY CORNER – DARI DAPUR RUMAH KE PASARAN DUNIA..Bermula dengan sebuah oven yang dipinjam dari keluarga terdekat pada tahun 2008, kini Family Corner yang berusia 16 tahun telah mengorak langkah menjadi pengeluar biskut, kek dan jajan terbesar di utara tanah air. Berkat sokongan dari para pelanggan, kami berjaya membuka 5 buah outlet yang menempatkan semua produk keluaran kami serta dari perusahaan Industri Kecil dan Sederhana masyarakat setempat.

Alhamdulillah genap sudah 16 tahun FAMILY CORNER Exclusive Homemade Cookies telah berada di pasaran seawal tahun 2008 kami bermula, kini di 2023 kami melebarkan lagi sayap serata Malaysia dengan keunikan hidangan cookies kami. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pelanggan, agen dan stokis yang setia bersama kami saban tahun. Sambutan dan sokongan anda yang menggalakkan amat kami hargai. Semoga anda berpuas hati dengan hidangan cookies dan produk jajan terbaru 2023 kali ini dan diharap menjadi pelanggan yang setia di masa akan datang. Insyaallah..

Utamakan Ramuan Bermutu

Bermula dengan penghasilan biskut di rumah, siapa sangka pemilik Family Corner, Biskut & Kerepek House yang berusia 30 tahun ini sudah hampir tujuh tahun membuat biskut. Apa yang lebih menarik, Farziehan Suris sebelum ini bukanlah individu yang mempunyai kepakaran dan ilmu berkaitan biskut.

Kualiti Mesti Diutamakan

Namun atas keinginan dan usaha yang berterusan, kini empunya diri berjaya mengembangkan perniagaannya sehingga mampu membuka kedai. Malah, anak jati Kedah Darul Aman ini juga menyimpan hasrat untuk membuka cawangan perniagaannya tidak lama lagi. Berpegang kepada prinsip, kualiti mesti diutamakan, produk-produk bermutu digunakan sebagai ramuan di dalam biskut-biskut.

Ilmu Membawa Berkat

Malah pemiliknya sendiri sentiasa meningkatkan ilmu dengan menghadiri kelas membuat biskut, belajar daripada mereka yang pakar serta berkongsi ilmu dengan para pelanggan setia. Baginya, ilmu perlu disebarkan dan empunya diri tidak kedekut berkongsi resipi dengan orang lain bagi menikmati aneka biskut enak dan menyelerakan.

Apa Keistimewaan Produk Kami?

1

Terdapat hampir 50 jenis aneka biskut, kuih muih tradisional dan kerepek buatan tangan yang enak dan lazat.
2

Biskut yang dijual menggunakan marjerin dan mentega sebagai ramuan asasnya. Harga bagi biskut marjerin adalah RM18 hingga RM20. Manakala biskut yang menggunakan mentega pula harganya bermula daripada RM23 hingga RM26 sahaja.
3

Biskut merupakan ciptaan pemilik sendiri sementara kuih muih tradisional dan kerepek pula diambil daripada orang-orang kampung yang mengusahakan produk tersebut.
4

Menariknya, biskut-biskut ini boleh didapati sepanjang tahun dan tidak tertakluk semasa musim perayaan sahaja.
5

Selain biskut, kuih muih dan kerepek, kek juga ada dijual seperti kek coklat lembap, kek keju, kek velvet, pavlova dan sebagainya.
6

Juga menjual hamper biskut dengan harga berpatutan.
7

Produk disusun atur dengan kemas dan memudahkan para pembeli memilih produk yang diinginkan.
8

Pemilik ada menjual resipi biskut kepada mereka yang berminat dengan harga berpatutan.
9

Pemilik juga berkongsi tip dan petua pembuatan biskut dengan pelanggan yang bertanya dan mempunyai hampir 1000 agen di seluruh Malaysia.